Wednesday, May 19, 2010

Thailand....

Thailand melakar sejarah dengan konflik berterusan sehingga memutuskan untuk melancarkan serangan ke atas kumpulan Baju Merah....sungguh tidak disangka negara yang besar dan menghormati Raja bergolak tanpa campur tangan daripada Raja yang disanjung....

Namun rata-rata kumpulan Baju Merah ini merupakan kumpulan penyokong Thaksin dan telah memilih cara sukar untuk mendapatkan perhatian kerajaan...berkemungkinan mereka ingin mendapatkan perhatian dunia dan meminta kerajaan akur kepada permintaan mereka....dalam ketidak warasan mereka, mereka telah menempah maut mereka sendiri. Keadaan yang bergolak ini telah melumpuhkan ekonomi di Bangkok dan sekiranya ia masih belum dapat diselesaikan, ekonomi Thai pasti terjejas kerana dengan larangan pihak luar daripada mengunjungi Thai telah dikeluarkan. Berkemungkinan atas dasar menyelamatkan ekonomi negara dan keselamatan rakyat yang tidak terlibat telah meninggalkan kerajaan Thai dengan pilihan yang satu.....menghapuskan kumpulan tersebut......

Sejarah peradaban dunia khususnya Asia Tenggara menunjukkan bahawa satu-satunya negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Eropah adalah Thai.....

No comments: