Tuesday, November 30, 2010

Piala Pengarah 2010

Pada 26-28 Disember yang lalu....Piala Pengarah Pelajaran Selangor dilangsungkan di Klang. Banyak acara sukan yang dipertandingkan dan seluruh daerah menambil bahagian termasuk Kesuba dan BTPN. Disebabkan terlalu meriah, maka, diri ini telah dicalonkan untuk bermain catur bersama-sama Mr. X dan Mrs. Y.

Mr. X: Tahun lepas kita juara, jadi kita harus pertahankan kejuaraan tahun ini.

Itu lah antara kata-kata semangat dari rakan sepasukan. Buat gemuruh je ayat tu......

Mesti diorang ni handal belaka......maklum le...catur ni hanya dimainkan oleh golongan elit.....

Pada hari kejadian, diri ini telah tiba seawal jam 7 malam di PPD Klang untuk memastikan acara di tampat yang betul dan melihat sekeliling....ramai tak sampai lagi.....

Mr. X dan Mrs. Y pun tiba...lebih kurang 10 minit pukul 8 malam.....dalam asyik memerhatikan pemain lain yang tiba....tiba-tiba.....Yahaya dan Hanisah hilang...sudah...ke mana pula perginya mereka ini....

Rupanya berlatih depan sekali.....last minute berlatih....kita ni berlatih dengan komputer je sebelum keluar rumah tadi....sempat le 2-3 game...itupun dengan budak-budak sibuk nak belajar main...

Pemerhatian ke atas permainan Mr. X  dan Mrs. Y menimbulkan keresahan....macam ni ke mainnya diorang ni....hish...attacking saja....mana defendnya? habis le kalau dapat yang tahu main.....

Jam 8.20 malam...game pertama akan dilangsungkan....Petaling Utama vs Hulu Selangor....
Tik...Tok...Tik...Tok...checkmate....dalam lima minit dah dapat mata pertama...Mr. X dan Mrs. Y terkejut...diorang senyum je sebab mata pertama dah dapat....rupanya diperhatikan pasukan lain...Mr. X kalah game pertama...Mrs. Y....2-1...dalam menunggu Mr. X dan Mrs. Y bermain tadi....sempat le mengajar sedikit @ perkongsian ilmu....setelah mendengar helah bela diri kekalahan pertama Hulu Selangor....kesian pulak tengok gamenya.....

Game kedua...Petaling Utama vs Hulu Langat....sekali lagi berjaya menamatkan pertandingan awal....menunggu Mr. X dan Mrs. Y....tapi kali ni....hanya dapat 1-2....Mr. X dan Mrs. Y kecundang.....hermmmmm

Game ketiga...Petaling Utama vs Kuala Selangor...okay...kali ni mesti boleh....sekali lagi mata pertama diperoleh dalam lima minit selepas perlawanan.....kali ini seri 1.5-1.5.....

Game ke-empat...penentuan Petaling Utama vs Kesuba....kali ni...memang susah...dah 10 minit tak makan apa2 lagi....rupanya bentuk dia serupa jer....dia tiru sebijik....beberapa kecuaian dilakukan tapi dapat balik menguasai game....ubah strategi....strategi penghapusan menteri...satu demi satu menteri lawan ditumbangkan....akhirnya...last minute punya kecuaian...keputusan seri....Mr. X dah bangun awal...menang kot....Mrs. Y masih main lagi....looorrrr....rupanya Mr. X dah kalah awal2 tadi.....Mrs. Y pulak dah kalah...saja main suka2.....adush......so keputusannya.....0.5-2....

Pada hari penutupan.....kedengaran PPDPU digelar penipu....apa pulak ni?????

Rupanya team volleyball melanggar peraturan dengan memasukkan pemain bukan warga PPD ke dalam pasukan...pasukan lain pulak kenal dia....dia ni pulak jurulatih peringkat negeri...

Petaling Utama hanya membawa pulang hadiah tempat ketiga futsal dan tempat ke-empat memanah...catur....out.....so itu je lah yang dapat dicapai.....

Piala Pengarah 2011...Hulu Selangor pulak yang jadi tuan rumah.....

Saturday, November 20, 2010

Kemalangan yang tak disangka

Sambutan Hari Raya Aidil Adha kali ini disambut dengan sederhana...hujan lebat turun dengan begitu hebat...tanpa diduga...diri ini telah tergelincir dan koyak tisu di sebelah dalam lutut...hermmm macam mana bbq malam ni??? memang pedih...sengal pun ada... nak angkat kaki punya le sakit....tapi malam ni bbq tetap on juga...

Tetamu tak diundang...

Pada malam itu...ada pula tetamu yang hadir...takpe kalau datang nak beraya...tapi katanya ada hajat besar...besar macam mana...rupanya...datang nak beli tanah orang...harga ikut atas geran....memang silap besar...semua adik beradik ada....kalau pakai tudung, tutup aurat elok cantik, pakai songkok....tapi datang nak ambik tanah orang baik lupakan je...mulanya umpan dengan duit...katanya orang curi getah...tunjuk duit depan semua orang...kira duit sekeping-sekeping....ingat orang pandang ke duit macam tu....dah le cerita yang direka tak masuk dek akal...

so...malam tu walaupun kaki sakit...tetamu yang datang dengan niat tak baik bbq tetap on....

Wednesday, November 10, 2010

Pemantauan Kawasan Sekitar

Sambil-sambil bermesyuarat di PD ni...singgah sebentar di Muzium Tentera Darat PD. Memang dahsyat...lagi best dari muzium di MINDEF dan Muzium Negara...kalau nak belajar sejarah, tempat ni memang sesuai...nak tanamkan semangat patriotik...lagi sesuai....









Tuesday, November 9, 2010

Sibuknya kini...

Pada masa ini ketika ini, berlakunya sesi pertukaran guru di dalam negeri....memang ramai yang berpindah namun....ramai juga yang terpaksa ditolak kerana alasan yang tidak munasabah, opsyen yang amat diperlukan, pemalsuan maklumat, dan berkhidmat kurang dari tempoh minima.

Rata-rata permohonan pertukaran adalah disokong dan tanpa prejudis....

Kesibukan ini masih lagi cuba dikejar mencari masa untuk melakukan kerja rasmi pejabat dan dibahagikan masa dengan keluarga.....

Minta maa banyak2 sebab masa yang amat terhad....tapi akan cuba diluangkan masa untuk bersama keluarga juga....

Thursday, November 4, 2010

Break sekejap....

Dalam keghairahan kerja dan kursus di tempat baru ini akhirnya dapat le berehat sekejap....memang terasa sebenarnya masa yang sering diluangkan bersama keluarga tidak lagi sekerap dulu...

Baru-baru ini diarahkan untuk ke Bau Beach Resort PD bagi persediaan takwim PPDPU bagi persediaan 2011

Memang agak menghairankan kerana takwim dari pihak atasan belum diperoleh dan kita di peringkat bawah ini telah mewartakan takwim mendahului pihak atasan....akibatnya adalah pasti pertembungan beberapa program dan aktiviti yang telah direncanakan

Bayu Beach Resort...memang tak best....terletak di tengah-tengah kota tentera...kem rejimen askar melayu diraja berada hanya beberapa meter dari tempat kami....kawasan berhampiran dengan tempat bersejarah ini mengingatkan kisah perjuangan askar terdahulu seperti Left. Adnan...muzium yang begitu menarik perhatian memang tak sempat dijengah akibat jadual kerja yang banyak...namun makanan yang dihidangkan di Bayu Beach Resort boleh diberikan 6/10....aktiviti untuk famili pun tak banyak...bilik memang kena perbaiki...sedih juga sebenarnya...takkan lah standard dan citarasa penjawata awam seteruk ini....hanya boleh mengeluh...

Minggu hadapan akan ke sana sekali lagi bagi kursus anjuran PPDPU...semoga kali ini dapat meluangkan masa melawat muzium RAMD dan muzium tentera darat di sana