Saturday, July 10, 2010

Beryl's Chocolate Factory

Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Coklat Beryl's
SK DJ 1 mengadakan lawatan ke kilang coklat yang terletaknya di selatan Selangor: Sri Kembangan. Tujuan lawatan adalah mendedahkan kepada para murid PPKIBP tentang coklat dan pembuatannya. Tapi objektif tercapai ke? Semestinya tidak. Ini adalah kerana prsentation yang dilakukan oleh pihak kilang dalam bahasa inggeris dan tayangan video yang kurang interaktif pada para pelajar. Malah ada juga para cikgu yang tak faham. Perjalanan didalam kilang dapat memberi manfaat kepada murid sekkiranya mereka faham presentation video dalam bahasa inggeris tadi. Namun, gambar tidak boleh diambil ketika melawat kilang. So, kita respect permintaan itu dan tak ada la gambar dalam kilang.
Replika coklat di perkarangan kilang. Sebelah kanan tu pintu masuk ke bilik tayangan dan terus ke kilang. Pintu sebelah kiri tu kedai aiskrim dan kek dan pintu keluar dari kilang.

Replika buah koko yang mana murid hanya tahu bergambar

Antara guru dan murid yang melawat kilang

No comments: