Tuesday, December 28, 2010

Debit and Credit

Baru je lulus tuntutan perjalanan bulan 10 yang lepas amounting RM 1k...lepas tu kena keluarkan semula...sebab bayar saman amounting RM 550...pergh...memang betul punya kena lah....the best part is...WGM 2127 kena saman di Melaka Tengah and Alor Gajah....menghalang lalulintas and speeding...speeding????boleh modenas 110cc laju baetul larinya....kat melaka tahun 2002 pulak tu?????bulan 10...baru kerja and baru masuk Halim Lee tu...bila masa pulak sampai Melaka ni?????

So kol le Melaka Tengah...diorang punterkejut bahawa sebenarnya WGM ni motor kriss....motor ni pun dah tak ada...dah jadi besi buruk kat kedai motor kampung subang....dulu motor ni pergi kerja pun tak larat...2x overhaul....lagi ke Melaka...10x overhaul le tu....

Monday, December 20, 2010

Musim Pertukaran...Disember 2010

Bermula 15 Disember yang lalu, keputusan pertukaran murid dah boleh tahu....ramai le yang datang ke pejabat...semuanya daripada daerah dan negeri yang lain....di atas pengalaman yang lepas, abang burn telah menghadkan pengambilan keputusan tersebut setiap hari. So, tak ada le tempat tu jadi macam orang berebut ambik barang free....

As expected...mesti ada parents yang marah sebab tak dapat tukar anaknya....so far...yang paling bising...macam biasa..pak itam yang tak paham bahasa...rasa nak baling je kerusi tu....lepas tu si  me..yang layu...itu pun lagi satu...cebik mulut lah...nak mintak kesian lah....si ca ya nun alif  ni setakat ni paling steady...walaupun tak dapat lepas di berikan nasihat...mereka terima...kalau tak puas hati pun...minta nak jumpa pegawai..itu pun dengan cara yang baik...

Team minggu yang pertama ni memang mantap...setakat ni memang terbaik...abang burn sempat berpesan di hari akhir bertugas di kaunter....bila free tu jenguk le kaunter ;)

Saturday, December 11, 2010

Football madness


Bersukan sihat kan badan....
Ini merupakan aktiviti terbaru budak-budak yang masih meneroka keindahan alam di sekeliling. Paling baru adalah permainan bolasepak....ketika wan mereka tidur lena di ruang tamu....mereka bermiain bolasepak di laman belakang yang cukup bagi mereka menendang bola dalam bentuk segitiga.

Memang bertenaga sungguh melihatkan telatah mereka...Safurrah agak geli memijak rumput...mungkin tidak biasa...takpe....biarkan lasak sedikit...lepas main nanti basuh le kaki...

Disebabkan geli...sanggup dia berdiri atas batu tu sahaja...

Semoga....semuanya....sihat sejahtera.....seronok jadi budak ni...can we turn the time around?????

Thursday, December 9, 2010

Jika ke Kuala Langat jangan lupa singgah ke Morib


Ini lah dia Istana Bandar di Jugra...pandangan sisi...terletak berhampiran Sugai Kecil sepelaung ke Pulau Carey, tapi nasib tak baik hari itu...istana ini ditutup untuk kunjungan...memang terasa sungguh kegemilangan kerajaan ini pada suatu masa dahulu.....


Masih ingatkah kita pada nama ini...jika lalu Kanchong Darat, jengok-jengok le ke kiri kanan...ini lah dia orang lama dalam badminton dan telah melatih anak-anaknya sendiri menjadi jaguh yang disegani dan akhirnya telah membawa pulang Piala Thomas setelah 25 tahun dipegang oleh negara lain sejak kali pertama ia diraikan di Malaysia. Anak-anaknya yang disegani, Misbun, Razif, Jailani, dan Rashid.


Ini lah rumah mereka yang penuh sejarah...jika ada kelapangan, singgah lah dan ziarah bagi mengenangkan jasa mereka dalam sukan badminton....gelanggang latihan mereka dahulu tidak jauh dari rumah ini dan telah dijadikan dewan latihan badminton.....bila lah Piala Thomas nak dapat balik....

Christmas is around the corner

This year punya sambutan christmas nampak lain....sebab tengok shopping mall buat beria-ria, mungkin sebab dah hujung tahun and nak habiskan budget...tapi memang lain....

Preparation made by 1U melarikan sedikit kekusutan di kepala dengan keindahan perkampungan inggeris di bawa kepada para pengunjung....memang cantik....

Memang tak sangka cantik betul....then pergi lagi sekali masa dah buka untuk orang ramai...memang ramai tak ingat....semua bergambar dan turun naik dalam bangunan tu...

Photos please go to my facebook account yea ;)

Tuesday, November 30, 2010

Piala Pengarah 2010

Pada 26-28 Disember yang lalu....Piala Pengarah Pelajaran Selangor dilangsungkan di Klang. Banyak acara sukan yang dipertandingkan dan seluruh daerah menambil bahagian termasuk Kesuba dan BTPN. Disebabkan terlalu meriah, maka, diri ini telah dicalonkan untuk bermain catur bersama-sama Mr. X dan Mrs. Y.

Mr. X: Tahun lepas kita juara, jadi kita harus pertahankan kejuaraan tahun ini.

Itu lah antara kata-kata semangat dari rakan sepasukan. Buat gemuruh je ayat tu......

Mesti diorang ni handal belaka......maklum le...catur ni hanya dimainkan oleh golongan elit.....

Pada hari kejadian, diri ini telah tiba seawal jam 7 malam di PPD Klang untuk memastikan acara di tampat yang betul dan melihat sekeliling....ramai tak sampai lagi.....

Mr. X dan Mrs. Y pun tiba...lebih kurang 10 minit pukul 8 malam.....dalam asyik memerhatikan pemain lain yang tiba....tiba-tiba.....Yahaya dan Hanisah hilang...sudah...ke mana pula perginya mereka ini....

Rupanya berlatih depan sekali.....last minute berlatih....kita ni berlatih dengan komputer je sebelum keluar rumah tadi....sempat le 2-3 game...itupun dengan budak-budak sibuk nak belajar main...

Pemerhatian ke atas permainan Mr. X  dan Mrs. Y menimbulkan keresahan....macam ni ke mainnya diorang ni....hish...attacking saja....mana defendnya? habis le kalau dapat yang tahu main.....

Jam 8.20 malam...game pertama akan dilangsungkan....Petaling Utama vs Hulu Selangor....
Tik...Tok...Tik...Tok...checkmate....dalam lima minit dah dapat mata pertama...Mr. X dan Mrs. Y terkejut...diorang senyum je sebab mata pertama dah dapat....rupanya diperhatikan pasukan lain...Mr. X kalah game pertama...Mrs. Y....2-1...dalam menunggu Mr. X dan Mrs. Y bermain tadi....sempat le mengajar sedikit @ perkongsian ilmu....setelah mendengar helah bela diri kekalahan pertama Hulu Selangor....kesian pulak tengok gamenya.....

Game kedua...Petaling Utama vs Hulu Langat....sekali lagi berjaya menamatkan pertandingan awal....menunggu Mr. X dan Mrs. Y....tapi kali ni....hanya dapat 1-2....Mr. X dan Mrs. Y kecundang.....hermmmmm

Game ketiga...Petaling Utama vs Kuala Selangor...okay...kali ni mesti boleh....sekali lagi mata pertama diperoleh dalam lima minit selepas perlawanan.....kali ini seri 1.5-1.5.....

Game ke-empat...penentuan Petaling Utama vs Kesuba....kali ni...memang susah...dah 10 minit tak makan apa2 lagi....rupanya bentuk dia serupa jer....dia tiru sebijik....beberapa kecuaian dilakukan tapi dapat balik menguasai game....ubah strategi....strategi penghapusan menteri...satu demi satu menteri lawan ditumbangkan....akhirnya...last minute punya kecuaian...keputusan seri....Mr. X dah bangun awal...menang kot....Mrs. Y masih main lagi....looorrrr....rupanya Mr. X dah kalah awal2 tadi.....Mrs. Y pulak dah kalah...saja main suka2.....adush......so keputusannya.....0.5-2....

Pada hari penutupan.....kedengaran PPDPU digelar penipu....apa pulak ni?????

Rupanya team volleyball melanggar peraturan dengan memasukkan pemain bukan warga PPD ke dalam pasukan...pasukan lain pulak kenal dia....dia ni pulak jurulatih peringkat negeri...

Petaling Utama hanya membawa pulang hadiah tempat ketiga futsal dan tempat ke-empat memanah...catur....out.....so itu je lah yang dapat dicapai.....

Piala Pengarah 2011...Hulu Selangor pulak yang jadi tuan rumah.....

Saturday, November 20, 2010

Kemalangan yang tak disangka

Sambutan Hari Raya Aidil Adha kali ini disambut dengan sederhana...hujan lebat turun dengan begitu hebat...tanpa diduga...diri ini telah tergelincir dan koyak tisu di sebelah dalam lutut...hermmm macam mana bbq malam ni??? memang pedih...sengal pun ada... nak angkat kaki punya le sakit....tapi malam ni bbq tetap on juga...

Tetamu tak diundang...

Pada malam itu...ada pula tetamu yang hadir...takpe kalau datang nak beraya...tapi katanya ada hajat besar...besar macam mana...rupanya...datang nak beli tanah orang...harga ikut atas geran....memang silap besar...semua adik beradik ada....kalau pakai tudung, tutup aurat elok cantik, pakai songkok....tapi datang nak ambik tanah orang baik lupakan je...mulanya umpan dengan duit...katanya orang curi getah...tunjuk duit depan semua orang...kira duit sekeping-sekeping....ingat orang pandang ke duit macam tu....dah le cerita yang direka tak masuk dek akal...

so...malam tu walaupun kaki sakit...tetamu yang datang dengan niat tak baik bbq tetap on....

Wednesday, November 10, 2010

Pemantauan Kawasan Sekitar

Sambil-sambil bermesyuarat di PD ni...singgah sebentar di Muzium Tentera Darat PD. Memang dahsyat...lagi best dari muzium di MINDEF dan Muzium Negara...kalau nak belajar sejarah, tempat ni memang sesuai...nak tanamkan semangat patriotik...lagi sesuai....









Tuesday, November 9, 2010

Sibuknya kini...

Pada masa ini ketika ini, berlakunya sesi pertukaran guru di dalam negeri....memang ramai yang berpindah namun....ramai juga yang terpaksa ditolak kerana alasan yang tidak munasabah, opsyen yang amat diperlukan, pemalsuan maklumat, dan berkhidmat kurang dari tempoh minima.

Rata-rata permohonan pertukaran adalah disokong dan tanpa prejudis....

Kesibukan ini masih lagi cuba dikejar mencari masa untuk melakukan kerja rasmi pejabat dan dibahagikan masa dengan keluarga.....

Minta maa banyak2 sebab masa yang amat terhad....tapi akan cuba diluangkan masa untuk bersama keluarga juga....

Thursday, November 4, 2010

Break sekejap....

Dalam keghairahan kerja dan kursus di tempat baru ini akhirnya dapat le berehat sekejap....memang terasa sebenarnya masa yang sering diluangkan bersama keluarga tidak lagi sekerap dulu...

Baru-baru ini diarahkan untuk ke Bau Beach Resort PD bagi persediaan takwim PPDPU bagi persediaan 2011

Memang agak menghairankan kerana takwim dari pihak atasan belum diperoleh dan kita di peringkat bawah ini telah mewartakan takwim mendahului pihak atasan....akibatnya adalah pasti pertembungan beberapa program dan aktiviti yang telah direncanakan

Bayu Beach Resort...memang tak best....terletak di tengah-tengah kota tentera...kem rejimen askar melayu diraja berada hanya beberapa meter dari tempat kami....kawasan berhampiran dengan tempat bersejarah ini mengingatkan kisah perjuangan askar terdahulu seperti Left. Adnan...muzium yang begitu menarik perhatian memang tak sempat dijengah akibat jadual kerja yang banyak...namun makanan yang dihidangkan di Bayu Beach Resort boleh diberikan 6/10....aktiviti untuk famili pun tak banyak...bilik memang kena perbaiki...sedih juga sebenarnya...takkan lah standard dan citarasa penjawata awam seteruk ini....hanya boleh mengeluh...

Minggu hadapan akan ke sana sekali lagi bagi kursus anjuran PPDPU...semoga kali ini dapat meluangkan masa melawat muzium RAMD dan muzium tentera darat di sana

Wednesday, October 20, 2010

Meeting oh meeting

Terasa letih juga selepas satu disambung dengan satu mesyuarat yang lain...lepaas Cameron Highland...ke Penang...lepas tu ni di Lumut pulak...minggu depan mesyuarat di Hulu Langat pulak....sibuk sesangat...

Terasa juga rindu pada budak-budak tu...nak buay macam mana...dah kerja....

Koko dah beranak...sebelum ke Ipoh hari tu...4 semuanya.....tapi satu mati...dek tertindih dengan kaki koko...tak de rezeki....

Heemmmm...esok plan nak pergi beli barang sikit di Lumut....mungkin ke muzium TLDM sekali....letih juga tapi seronok...

Saturday, October 16, 2010

Penang pulak...

Last Tuesday, I was wished a very good morning by a letter asking to attend a meeting at that very day....memang kelam kabut...so...I rang Sabila, "Nak balik Penang?"....terus aje balik...siap2 beg dan terus balik...bawa budak2 sekali...Safiyyah pun bercuti le 3 hari....
Ni la dia Sayyidah dalam bilik sambil main telefon...alhamdulillah dapat bilik asing...tak payah share...jimat belanja...cuma makan kak ngah aje yang kena bayar

Di kesempatan itu...maka malam kedua lepas jumpa linda, din n makteh, kami memanjangkan perjalanan ke Bati Feringghi...singgah Hard Rock disana....




Ini lah nama hotel kami tinggal...ok la...walaupun mesyuarat dari pagi sampai malam....enjoy jugak la...

So..on the way balik...bawa le budak2 naik feri...memang seronok tak terkata...

Cameron Highland, Pahang

Last weeks ditugaskan untuk kursus pemulihan sebagai fasilitator oleh JPNS. Tinggal di Hotel Rosa Passadena, Brinchang. DIsebabkan beberapa perkara, kena le bawa sendiri kereta....ikut Tapah...memang macam ular kena palu tapi scenery memang best....

Ini lah dia antara ladang teh terbesar di sana...Ladang Teh Bharat....view ni diambil dari view point yang disediakan oleh pengusaha ladang...memang best....

Rasanya nak ke sana lagi...kalau tak ada aral....

Gambar dari Majlis Mahabbah Rabbani

Terjumpa lah pulak si Wardah (ustazah j-Qaf SKDJ 2) kat sana



Sebelum balik....ada la duit raya sikit...rezeki...

Letih juga diorang pun....memang letih...

Saturday, October 2, 2010

Majlis Mahabbah Adilfitri Rabbani

Tahun ini buat pertama kali dapat jemputan ke majlis rumah terbuka Rabbani di Masjid Al-Imam Al Ghazali di Manjalara Kepong. Majlis yang bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang ini di sertai oleh pelbagai peringkat umur dan golongan yang merupakan kenalan rapat kumpulan Rabbani.

Gambar-gambar majlis tersebut akan diupload kemudian kerana kekangan masa dan kerja yang bertimbun.

Pelbagai hidangan disediakan. Antaranya nasi beriyani, satay, laksam, mee goreng, mee hoon goreng, air sirap, air teh pudina, dan pelbagai kuih dan biskut raya.

Unit Pendidikan Khas dan Swasta

So, dengan memegang jawatan yang baru ni memang sibuk...sebab bukan sahaja memegang 1 portfolio tetapi memegang 3 portfolio secara serentak.

1. Portfolio Pendidikan Khas
2. Portfolio Pndidikan Swasta (Pusat Tusyen dan Tadika)
3. Portfolio Pemulihan Khas

Kejutan juga masuk ketika di penghujung tahun ini. Disebabkan kerana banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum sesi 2010 berakhir....agak sibuk juga ni....letih pun ada...tetapi yang paling penting sekali rasa seronok bekerja...memang tak nafi kena pulang lewat, kurang masa dengan anak-anak (rasa rindu nak bermain dengan mereka memang terasa), letih melayan karenah ibu bapa, guru, pentadbir sekolah, namun....semuanya dibuat dengan berhati-hati.

Sepatutnya di unit ini ada seorang penolong swasta yang bertanggungjawab di atas permohonan dan pembaharuan pendidikan swasta. Di unit ini juga akan dibantu oleh seorang pembantu tadbir bagi menguruskan urusan surat dan dokumen lain....

Sejak berada disini, dapat dilihat banyak peluang untuk pergi lebih jauh lagi....peluang untuk terus meningkatkan diri terbentang luas dan kenalan makin ramai....

Friday, September 24, 2010

Penghijrahan...

Sudah seminggu berhijrah ke Pejabat Pelajaran Daerah di Kelana Jaya....dapat kawan dan teman baru...kini cabarannya makin banyak...kerja pun begitu...sibuk sungguh....

Di sana telah pun diberikan tiga pilihan waktu kerja, dan yang menjadi pilihan adalah waktu kerja ketiga...masuk 830 dan balik 530....senang nak urus apa yang patut pagi-pagi.....

Secara rasminya telah dilantik sebagai ketua unit pendidikan khas dan swasta dengan gred 41...menunggu seorang penyelia dengan gred 32 bagi membantu menguruskan pendidikan swasta dan seorang pembantu tadbir bagi menguruskan apa yang patut....

Hari ini setelah melaporkan diri kepada mentor pada pukul 1100, kerja-kerja memindahkan barang-barang dari tingkat G ke tingkat 1 telah dilakukan dan disambung semula selepas solat Jumaat....banyak juga barang nak dibawa...semua fail di bawah akan dibawa naik juga nanti....beberapa kerja adhoc juga turut dibereskan hari ini....kawan-kawan lain dah balik tadi....tak muncul selepas solat Jumaat...maka hari ini...balik pun dalam 545 tadi....selepas hujan berhenti....

Seronok pun ada....sedih sikit pun ada....begitu lah kerja....mana-mana pun sama tetapi cara mengatasi perkara-perkara itu dengan memanipulasikannya menjadi motivator kepada kebaikan adalah yang terbaik...

So...kerja le sungguh-sungguh yer....

Balik tadi...signal motor pulak patah.....adeih.....

Friday, September 17, 2010

Goodbye SKDJ 1

Hari ni awal pagi memang malas nak ke sekolah...maklum ler dah lama sangat cuti, lagipun esok dah cuti balik...tapi kena le pergi jugak....

Antara sebab kena pergi juga adalah nak ambik surat dari Kementerian sebab nak kena pergi tempat tugas baru di PPDPU minggu depan...lepas tu nak say goodbye and thank you pada Pn. Tai, dua-dua sebak sebab dah nak berpisah....banyak betul belajar dengan Pn. Tai ni....

Siapa yang sempat jumpa tu sempat le...yang tak sempat tu kalau ada rezeki insya allah jumpa lagi....hermmm macam mana le tempat baru ni....harap semuanya okay....berdebar pun ada.....

Family Day 2010

Raya baru-baru ni seluruh adik beradik dari datuk sampai ke cucu berkumpul dan bercuti bersama-sama di A Famosa Resort yang terletaaknya tak lah berapa jauh.....sewa bungalow di situ selama dua malam kira-kira RM 728 semalam ratenya...ada 4 bilik tidur 2 tandas 1 private pool dan parking lot yang boleh memuatkan 3 buah kereta....boleh ler agaknya sebab kami pun tak le sampai 20 orang....


Budak-budak ni macam biasa...nampak je kolam renang terus nak terjun....so selepas pulang dari animal safari kira-kira 530 petang...transformasi telah bermula...baju renang dipakai dan terus terjun ke dalam kolam...riuh betul kolam tu jadinya...hampir semua terjun dalam kolam renang tu


Safiyyah, Safirrah dan Sayyidah memang merupakan antara orang terakhir yang keluar dari kolam sebab dah nak senja...itu pun pada awalnya tak nak keluar langsung....

Saturday, September 11, 2010

Menjelang 1 Syawal....

Dalam kemeriahan dan persediaan menyambut eidulfitri kali ini....persiapan yang dilakukan agak menakjubkan....dalam kali pertamanya...sebanyak 3 kilo pulut dimasak untuk dibuat ketupat, mujur dengan bantuan Che' Na yang mahir melipat dan membungkus ketupat telah mambantu....akhirnya pada subuh syawal yang indah baru siap kukus kesemua 3 kilo pulut tersebut....penatnya..tidak terkata....

Dalam sambutan pagi itu....tidak semua dapat merasai kemeriahan seperti selalu...terkejut juga apabila ke rumah ayah n mak di taman tun dr ismail, hudangan di  pagi raya adalah bersahaja...mujur dibawa pulut dan sedikit rendang bagi santapan pagi itu....

Selepas solat jumaat, syazwan telefon dan memberitahu bahawa ayah dimasukkan ke hospital...sakit perut...dikatakan bahawa terdapat sekatan di usus....mungkin disebabkan kekurangan pengambilan air....insya allah tak ada apa-apa...

Alhamdulillah pada awal pagi syawal kedua, ayah dah dibenarkan keluar dari hospital.....so...perancangan untuk ke A Famosa rasanya jika dibenarkan oleh Yang Menetapkan segala perancangan, hari isnin ni bertolak le ke sana....

Wednesday, September 8, 2010

Dugaan oh Cubaan

Ramadhan hampir tamat tempohnya bersama kita...pejam celik dah 29 hari berpuasa...Safiyyah dah 26 hari setakat ini melengkapkan puasa, kira pencapaian yang baik untuk budak berusia 6 tahun....

Earlier this morning, ke pasar borong dan beli beberapa barang keperluan untuk raya....pulut, kacang mata, santan, daun palas, daun kunyit n daging....daging pulak beli sampai 4 kilo...mahal gile daging....

1kg RM 24...daging pejal
1kg RM 25...daging batang pinang

Baik beli batang pinang macam ni.....ingatkan tadi dalam RM18 sekilo....dah la tu...balik dalam 1130 pagi....terlupa simpan dalam peti...pukul 330 petang baru teringat....apalgi berbau le hanyirnya...rasa nak termuntah.....perrggghhhh melekat le pulak bau daging nih....habis semuanya...4 kilo gone.....harap sesangat alam flora datang ambik sampah esok...kalau tidak....alamatnya berbau le satu kawasan perumahan ni....

Esok nampaknya kena pergi beli daging baru.....haishhhh...penat nih....

Thursday, September 2, 2010

Hampir ke penghujung....

Ramadhan telah masuk ke bibit-bibit akhir.....cukup ke apa yang dah dibuat sepanjang Ramadhan ni????
Kemungkinan rezeki tahun ini...akhir ramadhan dapat sekali dengan cuti sekolah 1 minggu...insya allah ada keringanan boleh le qiamulai...dah lama rasanya tak buat....rindu betul bangun awal pagi menghirup udara sebelum subuh....

Tiga hari sahaja Safiyyah meninggalkan puasa sepanjang Ramadhan kali ini...
1. letih sangat
2. gigi nak luruh
3. tak sihat

So...Safiyyah ni memang kuat dalamannya :) bangga betul......

Saturday, August 28, 2010

Sudah setengah usia mu....

Ramadhan sudah pun sampai separuh dari usianya bagi tahun ini...Safiyyah telah berpuasa tidak putus kecuali dua hari di awal Ramadhan...telah dijanjikan bahawa akan membelikan permainan pistol seperti yang dikehendakinya sekiranya dapat berpuasa sehingga akhir ramadhan....

Alhamdulillah....Safiyyah kini boleh dikatakan mempunyai kesedaran sendiri untuk bersolat....walaupun bukan semua waktu namun ingatan anak kecil ini yang ikhlas ingin mengenal penciptanya menyentuh hati sesiapa sahaja apabila dengan sendiri mempersiapkan diri untuk bersolat....

Alhamdulliah segala puji-pujian yang terbaik hanya untuk yang Maha Esa, bersyukur di atas kurniaan anak ini yang senantiasa mengingati Mu...

Tuesday, August 24, 2010

Penyeliaan 2010 Tamat

Buka cuti sekolah yang lepas, tiga orang guru praktikum dari IB Pantai Dalam ditugaskan ke SKDJ1 selama 8 minggu. Nurul Syazwani, Siti Salwa di bawah penyeliaan orang yang paling kacak di sekolah manakala Nurhaslina berada di bawah penyeliaan Fahmida.

Selama 8 minggu tu macam2 kejadian, yang elok dan tidak tetapi boleh dijadikan iktibar semuanya bagi kedua-dua pihak. Pihak yang diselia dan yang menyelia.

So, 20 Ogos yang lepas, habis sudah praktikum mereka. Hari Ahad, 22 Ogos telah dijadikan hari bagi meraikan tamatnya praktikum mereka. Tapi teman seorang je lar yang buat. Sekolah kata nak buat masa berbuka puasa di sekolah nanti. Of course I would not be joining them. Tempatnya di Nandos 1U lepas maghrib lebih kurang 830 malam...

L2R: Siti Salwa, Nurul Syazwani, Nurhaslina, Nurul Syazana (bukan bakal cikgu)





Sebelum berpisah....sesi fotografi....

Saturday, August 21, 2010

Di Hujung Benua

Do we ever wonder macam mana agaknya rupa di hujung benua....so last trip to Australia, onthe way back I took few photos after we past Darwin with my phone. Tak sampai nak ambik kamera masa tu....





Friday, August 20, 2010

Ramadhan kali ini

Selama ramadhan kali ini...Safiyyah telah meninggalkan puasa selama 2 hari sahaja....bangga....2nd day ramadhan tinggal sebab letih, maklum le baru start puasa...3rd day ramdhan tinggal sebab gigi luruh....lepas tu terus menerus puasa....

Safirrah baru belajar semalam puasa, tapi masih tak faham puasa....kejap2 dia kata nak puasa....bila explain dia sedang berpuasa...dia tak paham....lebih kurang dekat pukul tujuh baru dia makan...dah tak tahan sangat le tu....

Anyway, dah janji dengan Safiyyah akan beli mainan untuk dia kalau dia dapat puasa lebih dari tahun lepas

Saturday, August 14, 2010

Safiyyah dan Ramadhan

Setelah dua hari Safiyyah tidak berpuasa akibat terlalu letih dan giginya yang nak luruh buat kali kedua, Safiyyah telah berpuasa kembali semalam dengan puasa yang penuh. Alhamdulillah dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah, Safiyyah telah kembali berpuasa lagi dengan penuh yakin dan senyuman yang terukir di wajahnya.

Motivasi juga diberikan kepada si cilik ini, sekiranya dapatberpuasa lebih baik daripada minggu lepas, iaitu melebihi 7 hari, si cilik ini akan diberikan hadiah sebelum aidil fitri.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan semangat kepada anak cilik ini bagi melaksanakan rukun Islam yang ketiga ini.

Thursday, August 12, 2010

2nd Ramadhan

Safiyyah hari ini tidak berpuasa...letih agaknya berpuasa semalam...cuaca pun panas kebelakangan ni, anyway it is a good start. Esok insya allah dia akan berpuasa penuh.

Safiyyah kelihatan begitu teruja dengan kalam Allah. Minat yang ditunjukkan bagi menghafaz kalam Allah yang mungkin mana tidak dapat lagi diperoleh oleh rakan sebayanya. Setelah dia mengamalkan ayat penggerak sebelum makan, dia sudah sebati dengan amalan tersebut yang mana dia akan merasakan sesuatu kekurangan jika dibaca doa makan tanpa ayat penggerak itu. Beberapa minggu yang lalu, Safiyyah pulang dari sekolah dan beliau membacakan beberapa potong ayat yang tidak berapa jelas sebelum doa yang selalu dibacanya. Setelah diminta beberapa kali diulang dan didengar dengan teliti, rupanya ustazah disekolah telah mengajarnya ayat bismillah 5. Maka, bacaan Safiyyah diperbetulkan sehingga setiap huruf hijaiyah dibunyikan dengan betul. Alhamdulillah atas kurniaan anak ini...semoga kelakuan sifat dan akhlaknya akan menjadi seperti fatimah, zainab dan Syafie....insya allah

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan

Today officially starts the fasting month for Malaysia. Safiyyah woke up at 5 am today and had her sahur. Not only she but Sayyidah also do join the sahur. Its hard to put them to sleep back luckily it was still dark and I told them it is still night time and they do need to sleep.

This year would be the 2nd year for Safiyyah fasting with us. Hope she can cope with the challenge.

Late evening today, we picked Safiyyah up from her school. She asked for water. We tried to hold off her as long as possible. At 630 pm she could not bear anymore. She broke her fast with 1 condition. Tomorrow fast again but only to break the fast when it is maghrib.

Safiyyah did fast for a week last year. Hope she she can do more than last year insya allah....

Ready to ROARRRRR......

I was expecting my lovely dearly bike not to be with me at least 1.5 weeks. But the sad news were turned around when Ijam gave me a call earlier this morning. The flying horse is ready to fly again.

Asked him and Ah Kin what was the cause of the problem and the replied, " Motor itu sudah simpan lama, habuk banyak jadi dia sudah kacau itu rotation and sensor. Itu sahaja. Lain semua okay. Jadi, upah, cuci enjin and tukar spark plug semua RM 240. Spark plug kena kasi tukar sebab sudah rosak."

I also been told that Ijam had brought my bike home to test if there were any error on the system. It appears to be ok. The power of the bike also were maintained. As like the first day I bought from Motomilia 2 years ago.

Now, the pegasus is ready to fly again....

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan kunjung tiba =)

Solat sunat tarawih pertama dilakukan malam ini menandakan esok hari permulaan puasa, pelaksanaan rukun Islam ketiga. Perintah berpuasa ini dapat dibaca dan dirujuk dalam Surah Al-Baqarah bermula pada ayat 183.

Harapan seluruh umat Islam adalah sama sepanjang puasa ini. Diampunkan dosa, diterima segala ibadah, dan dibuka segala pintu kemudahan agar amalan dilakukan dengan mudah serta dilimpahkan dengan kurniaan barakah dalam segala urusan.

Semoga ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang terbaik daripada sebelum ini sejak dilahirkan sehingga detik ini.

Monday, August 9, 2010

The truth has been revealed

Today was a tiring day for me. After came back from school, I went to SK Bandar Sri Damansara 3 for Safiyyah schooling confirmation. Later we went to OU after picking up Safiyyah from her field trip (Yakult factory, Ostrich farm, dragon fruit farm). Did some repair on Sabila's and my watch there. After mingling around the shopping complex, Sabila can smell the food of Lebanese from OU. Then we head to Sunway Pyramid where our all time favourite restaurant, Tarbush Restaurant, awaits us....

We had our chit chat with the staff of Tarbush there and they confirmed Tarbush Restaurant in Empire Shopping Gallery was a duplicate of them and now they are taking legal action against the said Tarbush.

So...beware of such culprit who only knows to tumpang orang punya usaha...

Sunday, August 8, 2010

Tarbush Restaurant @ Empire Shopping Mall

Today my family and I went to the latest shopping mall in Klang Valley, Empire Shopping Mall. Located at the heart of Subang Jaya, a neighbour to Subang Parade and Carrefour Subang Jaya, the shopping mall stand in its own class with lots of shops to explore and varities of FnB restaurant to be experience.

Lucky for us, the Malaysian Cat Association organized a competition at the centre of the mall. Cats enthusiast will find it as an educational programme as they provide short talks on cats.

The restrooms are located at the end of the building at each floor like usual shopping mall but the toilets are not clean as we expected. It will be hard for muslims to spend most of their time in the mall as no signage of surau can be found.

We decided to go for dinner as earlier we saw our favourite restaurant in the FnB area. Tarbush restaurant had leaved a significant impact on us towards Lebanese food. Our first experience with Tarbush was back 4 years ago in Sunway Pyramid.They keep us craving for more and we do like them to fill our hungry stomach with their lovely food. Today, they gave us a second opinion of Tarbush. Most of the menus are there but the favourite which in this opinion the trademark of Tarbush was not presented in Empire Shopping Mall. In another hand, I oredered the usual meal, chicken beriyani. The food was not presented well and the taste just as the same as the ordinary beriyani we can find elsewhere. The taste were out of expectation and Tarbush HQ should take a note on this. Favourite drinks of all time were not there. Lemon na'na and arabic coffee. The staff of Tarbush Empire Shopping Mall were lack of communication, wearing in which this opinion was not a presentable up to the Tarbush standards where we can find the ladies did not put their hair nicely done, armpit can be seen clearly whenever they raise up their hands more than 45 degree. The guys are not smart enough to attract customers. Smile a bit guys, it won't do any harm.

In my opinion, Tarbush Sunway Pyramid would be a good example to follow. Intention of going to Tarbush is always there deep inside my heart. But not in the near future I will step inside Tarbush Empire Shopping Mall.

Saturday, August 7, 2010

Hmpph dah agak dah

So...hari ni dah gerak ke Chia Motor @ PJ sebab motor kebelakangan ni suka sangat dia mati tengah jalan. Macam biasa sampai jer bengkel, terus cari Ijam...dibelek dan di raba oleh Ijam motor tu...betul ada problem. Ijam adjust setting CO2....ok try dulu tengok macam mana. So gerak balik rumah...baru gerak dalam 100 meter kipas dah berbunyi...mungkin sebab dah digasak Ijam dia cepat panas kot...biar dulu je lah...temperature meter naik sampai 4 bar...lepas tu turun 3 balik...tak lama kipas bunyi balik...4 bar temperature...rasa dah tak sedap hati...sampai kat SS2, mati dua kali...start balik...kereta banyak pulak ni....hishhh....sampai LDP jer, kereta banyak lah lagi....motor mati balik...kali ni hampir 4 kali mati....tak boleh jadi ni...nak start pun dah susah...hermmm pusing balik ke tempat Ijam....sampai jer kat kedai terus panggil Ijam...jadi balik...kali ni lagi teruk la...Ijam dengan Ah Kin kata tinggal dulu motor, nak check lepas tu nak test motor. Ok je lah....bila pulak nak hantar balik kalau balik dulu, kalau jadi apa2 tengah jalan masa balik nanti lagi haru...kak ngah pun datang le ambik kat kedai tu....hermmm masuk hospital lah pulak kuda ni...

Thursday, August 5, 2010

Memang Berbaloi....

Masih lagi dalam proses mempelajari penggunaan dslr...anyway many thanks to dean rahim and yaman ibrahim yang telah memberikan tunjuk ajar melalui facebook. Mereka ini merupakan kenalan FB yang tak pernah jumpa.

In search of knowledge I did experimenting the camera myself and wonders had happened through it.

I found a useful website that explains details clearly in assisting the use of a dslr like a pro. I strongly recommend www.dslrtips.com/ to the newbies of dslr who loved to get to know the operation of the camera and taking shots like a pro.

Rasanya dah boleh kot... ;) mesti optimistik selalu...

Wednesday, August 4, 2010

Gigi luruh

Baru hari ni dapat main internet balik selepas kejadian yang tidak diingini berlaku.
Selepas budak2 ni dengan tak sengaja menumpahkan air laici ke atas notebook ni dengan modem...akibatnya modem rosak and alhamdulillah notebook boleh pakai selepas 2 hari dikeringkan pada suhu bilik....sekarang dah ada wifi lagi ligat ler....kikikikikiki

So...latest news is gigi safiyyah dah mula luruh dan gigi kekal dah nak keluar....second gigi pun dah goyang...terasa ngilu pulak tengok budak ni punya gigi

Monday, July 19, 2010

Nikkor Lense: AF-S DX 10-24mm f/3.5-4.5G ED

I just bought this new lens due to my zoom lense were sent for service as its VR motor is not at its best performance aka rosak.

This is not a zoom lens but a wide angle lense specially made for better perspective as it covers 109 degree of perspective at 10mm and 89 degree of perspective at 24mm.

This lense is also known as an ultra wide angle lense. The widest angle of coverage produced by nikon.








This lense cost me RM 2990 and by adding up a polarize filter it cost me RM 3300 in total which is equivalent to the recommended retail price of this lense.

Got this piece from J-1 Camera @ Amcorp Mall PJ. They are selling D3000 starter kit at RM 1600 in my personal opinion is the cheapest price one can get in town.


Friday, July 16, 2010

Nikon Service Centre KL @ Berjaya Times Square

Yesterday telah dipanjangkan kaki ke Berjaya Times Square. Nak ziarah Nikon Service Centre yang baru bukak tak berapa lama dulu. So..lepas Safiyyah balik terus ke sana. Kak ngah pulak puasa, so berbuka di Rasa Utara.

Lepas maghrib terus ke level 1. Ada le dia menghadap plaza imbi. Tujuan ke sana bukan sahaja nak singgah service centre tapi nak minta tengok sekali kenapa ada movement kat lens selepas ambik gambar.

Conclusion: VR motor ada problem aka sudah rosak.

So buat dua minggu (minimum) tak ada la zoom lens buat masa ni....

Kat Service centre tu, try le segala macam lens and bimbingan sedikit daripada photographer yang ada. Tup tup...decide nak ambik wide angle lens 10mm-24mm.

So..today, ke Amcorp Mall PJ. Cari J-1 Camera Shop. Harga lense pada kotak RM 3230...bila tanya...RM 2990...apa lagi, ambik terus...recommended retail price...RM 3480...so tambah ler pulak polarizer filter...toko punya...dapat le RM 245 (RP: RM 269)

Hehehehe memang keterujaan kembali dah ni....

Wednesday, July 14, 2010

Aussie Adventure 2: 2010

Our last stop in our adventure this time was Singapore. We spent our night in a hotel which we never dreamed of. Sabila's birthday was just around the corner and this was a gift for her. A night in Ritz-Carlton Millenia Singapore was an experience not to be missed. The overall service exceed our expectations and we surely want more from them when we had the chance to come over to Singapore again. I decided to upgrade our room. At first, our room was not connected and facing the city. By having to pay additional SGD 50 per room for upgrade to seaview room and connected. It was well worth it.

Two bvalgari soaps available for a cooling bath
A night scenery from the living area of my room
A morning scenery facing the newly opened casino
A lovely morning to catch a view
A potrait before heading back to Malaysia

Tuesday, July 13, 2010

Aussie Adventure 2: 2010

Here are some photos taken from Australis Sovereign Hotel. A night beauty of Gold Coast potrayed excitingly from the balcony.