Friday, May 28, 2010

Ia datang jua...

Pulang dari masjid terasa kepanasan matahari semasa berjalan tadi...peluh membasahi badan dan baju....tiba-tiba teringat pula petikan dari kitab Bahrul Mazi Juzuk 2: Solat, ketika terasa panas yang tidak tertahan kita dibolehkan melewatkan solat sehingga keadaannya sejuk sedikit kerana ia merupakan bahang daripada api neraka yang sampai ke bumi kecuali mereka yang telah berada di masjid....

Che' Na mengetuk pintu dan dilihat di sebalik daun pinyu itu berdirinya seseorang memakai jubah.....aik...apa pasal pulak ni....dikhabarkan bahawa Mak Long Ani yang tinggal di Gedangsa telah dijemput oleh Allah SWT sebelum solat Jumaat tadi.....

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa sama ada secara sedar atau tidak yang telah dilakukan ketika hidup dengan keberkatan hari Jumaat ini...Al-Fatihah

No comments: