Baru-baru ini sibuk membaca buku Bahr al-madzi (lautan madu) bahagian solat. Masih lagi di awal tajuk, cara menentukan waktu sembahyang.
Dalam bacaan tersebut terlintas masalah yang ke 40++ di mana melewatkan solat ini nabi berkata golongan yang melewatkan solat ini adalah golongan munafiq yang seperti mematuk matuk dan tempat mereka adalah di neraka. Mematu-matuk yang dimaksudkan adalah solat pada akhir waktu dan melakukan dengan pantas di mana khusyuk dan tokmaninah bertaburan serta dikerjakan solat itu adalah semata-mata ingin menunjukkan bahawa mereka itu adalah golongan yang mentaati perintah Allah.
Dalam bab itu juga ada menyatakan bahawa sekiranya cuaca panas maka solat zuhur (hanya untuk zuhur) boleh ditakhirkan (dilewatkan) bagi mereka yang berada jauh dari masjid kerana panas yang sebegitu sehingga menyebabkan ketidak selesaan hingga boleh menyebabkan tidak khusyuk adalah kerana haba dari api neraka jahanam. Maka apabila sudah sejuk sedikit harus disegerakan solat zuhur tersebut.
Insya allah akan cuba sedaya upaya untuk tidak melewatkan solat.....
No comments:
Post a Comment