Tuesday, December 28, 2010

Debit and Credit

Baru je lulus tuntutan perjalanan bulan 10 yang lepas amounting RM 1k...lepas tu kena keluarkan semula...sebab bayar saman amounting RM 550...pergh...memang betul punya kena lah....the best part is...WGM 2127 kena saman di Melaka Tengah and Alor Gajah....menghalang lalulintas and speeding...speeding????boleh modenas 110cc laju baetul larinya....kat melaka tahun 2002 pulak tu?????bulan 10...baru kerja and baru masuk Halim Lee tu...bila masa pulak sampai Melaka ni?????

So kol le Melaka Tengah...diorang punterkejut bahawa sebenarnya WGM ni motor kriss....motor ni pun dah tak ada...dah jadi besi buruk kat kedai motor kampung subang....dulu motor ni pergi kerja pun tak larat...2x overhaul....lagi ke Melaka...10x overhaul le tu....

Monday, December 20, 2010

Musim Pertukaran...Disember 2010

Bermula 15 Disember yang lalu, keputusan pertukaran murid dah boleh tahu....ramai le yang datang ke pejabat...semuanya daripada daerah dan negeri yang lain....di atas pengalaman yang lepas, abang burn telah menghadkan pengambilan keputusan tersebut setiap hari. So, tak ada le tempat tu jadi macam orang berebut ambik barang free....

As expected...mesti ada parents yang marah sebab tak dapat tukar anaknya....so far...yang paling bising...macam biasa..pak itam yang tak paham bahasa...rasa nak baling je kerusi tu....lepas tu si  me..yang layu...itu pun lagi satu...cebik mulut lah...nak mintak kesian lah....si ca ya nun alif  ni setakat ni paling steady...walaupun tak dapat lepas di berikan nasihat...mereka terima...kalau tak puas hati pun...minta nak jumpa pegawai..itu pun dengan cara yang baik...

Team minggu yang pertama ni memang mantap...setakat ni memang terbaik...abang burn sempat berpesan di hari akhir bertugas di kaunter....bila free tu jenguk le kaunter ;)

Saturday, December 11, 2010

Football madness


Bersukan sihat kan badan....
Ini merupakan aktiviti terbaru budak-budak yang masih meneroka keindahan alam di sekeliling. Paling baru adalah permainan bolasepak....ketika wan mereka tidur lena di ruang tamu....mereka bermiain bolasepak di laman belakang yang cukup bagi mereka menendang bola dalam bentuk segitiga.

Memang bertenaga sungguh melihatkan telatah mereka...Safurrah agak geli memijak rumput...mungkin tidak biasa...takpe....biarkan lasak sedikit...lepas main nanti basuh le kaki...

Disebabkan geli...sanggup dia berdiri atas batu tu sahaja...

Semoga....semuanya....sihat sejahtera.....seronok jadi budak ni...can we turn the time around?????

Thursday, December 9, 2010

Jika ke Kuala Langat jangan lupa singgah ke Morib


Ini lah dia Istana Bandar di Jugra...pandangan sisi...terletak berhampiran Sugai Kecil sepelaung ke Pulau Carey, tapi nasib tak baik hari itu...istana ini ditutup untuk kunjungan...memang terasa sungguh kegemilangan kerajaan ini pada suatu masa dahulu.....


Masih ingatkah kita pada nama ini...jika lalu Kanchong Darat, jengok-jengok le ke kiri kanan...ini lah dia orang lama dalam badminton dan telah melatih anak-anaknya sendiri menjadi jaguh yang disegani dan akhirnya telah membawa pulang Piala Thomas setelah 25 tahun dipegang oleh negara lain sejak kali pertama ia diraikan di Malaysia. Anak-anaknya yang disegani, Misbun, Razif, Jailani, dan Rashid.


Ini lah rumah mereka yang penuh sejarah...jika ada kelapangan, singgah lah dan ziarah bagi mengenangkan jasa mereka dalam sukan badminton....gelanggang latihan mereka dahulu tidak jauh dari rumah ini dan telah dijadikan dewan latihan badminton.....bila lah Piala Thomas nak dapat balik....

Christmas is around the corner

This year punya sambutan christmas nampak lain....sebab tengok shopping mall buat beria-ria, mungkin sebab dah hujung tahun and nak habiskan budget...tapi memang lain....

Preparation made by 1U melarikan sedikit kekusutan di kepala dengan keindahan perkampungan inggeris di bawa kepada para pengunjung....memang cantik....

Memang tak sangka cantik betul....then pergi lagi sekali masa dah buka untuk orang ramai...memang ramai tak ingat....semua bergambar dan turun naik dalam bangunan tu...

Photos please go to my facebook account yea ;)