Saturday, August 28, 2010

Sudah setengah usia mu....

Ramadhan sudah pun sampai separuh dari usianya bagi tahun ini...Safiyyah telah berpuasa tidak putus kecuali dua hari di awal Ramadhan...telah dijanjikan bahawa akan membelikan permainan pistol seperti yang dikehendakinya sekiranya dapat berpuasa sehingga akhir ramadhan....

Alhamdulillah....Safiyyah kini boleh dikatakan mempunyai kesedaran sendiri untuk bersolat....walaupun bukan semua waktu namun ingatan anak kecil ini yang ikhlas ingin mengenal penciptanya menyentuh hati sesiapa sahaja apabila dengan sendiri mempersiapkan diri untuk bersolat....

Alhamdulliah segala puji-pujian yang terbaik hanya untuk yang Maha Esa, bersyukur di atas kurniaan anak ini yang senantiasa mengingati Mu...

No comments: