Saturday, September 11, 2010

Menjelang 1 Syawal....

Dalam kemeriahan dan persediaan menyambut eidulfitri kali ini....persiapan yang dilakukan agak menakjubkan....dalam kali pertamanya...sebanyak 3 kilo pulut dimasak untuk dibuat ketupat, mujur dengan bantuan Che' Na yang mahir melipat dan membungkus ketupat telah mambantu....akhirnya pada subuh syawal yang indah baru siap kukus kesemua 3 kilo pulut tersebut....penatnya..tidak terkata....

Dalam sambutan pagi itu....tidak semua dapat merasai kemeriahan seperti selalu...terkejut juga apabila ke rumah ayah n mak di taman tun dr ismail, hudangan di  pagi raya adalah bersahaja...mujur dibawa pulut dan sedikit rendang bagi santapan pagi itu....

Selepas solat jumaat, syazwan telefon dan memberitahu bahawa ayah dimasukkan ke hospital...sakit perut...dikatakan bahawa terdapat sekatan di usus....mungkin disebabkan kekurangan pengambilan air....insya allah tak ada apa-apa...

Alhamdulillah pada awal pagi syawal kedua, ayah dah dibenarkan keluar dari hospital.....so...perancangan untuk ke A Famosa rasanya jika dibenarkan oleh Yang Menetapkan segala perancangan, hari isnin ni bertolak le ke sana....

No comments: