Dalam keghairahan kerja dan kursus di tempat baru ini akhirnya dapat le berehat sekejap....memang terasa sebenarnya masa yang sering diluangkan bersama keluarga tidak lagi sekerap dulu...
Baru-baru ini diarahkan untuk ke Bau Beach Resort PD bagi persediaan takwim PPDPU bagi persediaan 2011
Memang agak menghairankan kerana takwim dari pihak atasan belum diperoleh dan kita di peringkat bawah ini telah mewartakan takwim mendahului pihak atasan....akibatnya adalah pasti pertembungan beberapa program dan aktiviti yang telah direncanakan
Bayu Beach Resort...memang tak best....terletak di tengah-tengah kota tentera...kem rejimen askar melayu diraja berada hanya beberapa meter dari tempat kami....kawasan berhampiran dengan tempat bersejarah ini mengingatkan kisah perjuangan askar terdahulu seperti Left. Adnan...muzium yang begitu menarik perhatian memang tak sempat dijengah akibat jadual kerja yang banyak...namun makanan yang dihidangkan di Bayu Beach Resort boleh diberikan 6/10....aktiviti untuk famili pun tak banyak...bilik memang kena perbaiki...sedih juga sebenarnya...takkan lah standard dan citarasa penjawata awam seteruk ini....hanya boleh mengeluh...
Minggu hadapan akan ke sana sekali lagi bagi kursus anjuran PPDPU...semoga kali ini dapat meluangkan masa melawat muzium RAMD dan muzium tentera darat di sana
No comments:
Post a Comment