Saturday, October 2, 2010

Unit Pendidikan Khas dan Swasta

So, dengan memegang jawatan yang baru ni memang sibuk...sebab bukan sahaja memegang 1 portfolio tetapi memegang 3 portfolio secara serentak.

1. Portfolio Pendidikan Khas
2. Portfolio Pndidikan Swasta (Pusat Tusyen dan Tadika)
3. Portfolio Pemulihan Khas

Kejutan juga masuk ketika di penghujung tahun ini. Disebabkan kerana banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum sesi 2010 berakhir....agak sibuk juga ni....letih pun ada...tetapi yang paling penting sekali rasa seronok bekerja...memang tak nafi kena pulang lewat, kurang masa dengan anak-anak (rasa rindu nak bermain dengan mereka memang terasa), letih melayan karenah ibu bapa, guru, pentadbir sekolah, namun....semuanya dibuat dengan berhati-hati.

Sepatutnya di unit ini ada seorang penolong swasta yang bertanggungjawab di atas permohonan dan pembaharuan pendidikan swasta. Di unit ini juga akan dibantu oleh seorang pembantu tadbir bagi menguruskan urusan surat dan dokumen lain....

Sejak berada disini, dapat dilihat banyak peluang untuk pergi lebih jauh lagi....peluang untuk terus meningkatkan diri terbentang luas dan kenalan makin ramai....

No comments: