Sudah seminggu berhijrah ke Pejabat Pelajaran Daerah di Kelana Jaya....dapat kawan dan teman baru...kini cabarannya makin banyak...kerja pun begitu...sibuk sungguh....
Di sana telah pun diberikan tiga pilihan waktu kerja, dan yang menjadi pilihan adalah waktu kerja ketiga...masuk 830 dan balik 530....senang nak urus apa yang patut pagi-pagi.....
Secara rasminya telah dilantik sebagai ketua unit pendidikan khas dan swasta dengan gred 41...menunggu seorang penyelia dengan gred 32 bagi membantu menguruskan pendidikan swasta dan seorang pembantu tadbir bagi menguruskan apa yang patut....
Hari ini setelah melaporkan diri kepada mentor pada pukul 1100, kerja-kerja memindahkan barang-barang dari tingkat G ke tingkat 1 telah dilakukan dan disambung semula selepas solat Jumaat....banyak juga barang nak dibawa...semua fail di bawah akan dibawa naik juga nanti....beberapa kerja adhoc juga turut dibereskan hari ini....kawan-kawan lain dah balik tadi....tak muncul selepas solat Jumaat...maka hari ini...balik pun dalam 545 tadi....selepas hujan berhenti....
Seronok pun ada....sedih sikit pun ada....begitu lah kerja....mana-mana pun sama tetapi cara mengatasi perkara-perkara itu dengan memanipulasikannya menjadi motivator kepada kebaikan adalah yang terbaik...
So...kerja le sungguh-sungguh yer....
Balik tadi...signal motor pulak patah.....adeih.....
No comments:
Post a Comment