Friday, January 8, 2010

Kalimah

Penggunaan Allah dalam penulisan sesebuah risalah telah menjadi satu topik hangat di tanah air kini. Namun masih ada yang tidak mamahami mengapa umat Islam di Malaysia membantah penggunaan tersebut. Sekiranya kafirun tidak memahami tidak menjadi masalah, mereka boleh diberikan tunjuk ajar. Masalahnya sekarang ini adalah mereka yang bergelar muslim. Mengaku muslim tetapi intipatinya tidak.

Dikhuatiri penggunaan kalimah itu di salah guna maka para muslimin menentang keputusan yang telah diputuskan itu. Tidakkah kita terfikir bahawa dalam sistem perundangan Negara sekiranya ada isu perihal agama Islam maka hanya mahkamah Syarie sahaja yang berkuasa menentukan. Mengapa perkara ini tidak dibawa ke Mahkamah Syarie?

Apabila disamakan maksudnya maka kekeliruan yang amat besar akan berlaku. Ini berkait rapat dengan soal akidah. Menurut Ustaz Farhan, mazhab Islam berbeza dari segi Fekah tetapi mazhab dalam Kristian berbeza dari segi akidah.

Mufti WPKL telah menegaskan daalam forum yang terbaru kelolaan rtm bahawa sekiranya ada ada seorang muslim yang membenarkan penggunaan kalimah tersebut maka mereka juga membenarkan simbol atau lambang mewakili Allah dan hukumnya adalah syirik. Perlu diingat bahawa hukum syirik ini merupakan dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah swt. Mereka perlu bertaubat dan mengucapkan syahadah semula dan tekad untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

Namun begitu sekiranya penggunaan Allah itu tidak disalah guna maka ia dibolehkan seperti dalam lagu negeri, thesis, dan perbandingan agama.

Sekiranya kita masih tidak faham.....

Bukalah semula sirah nabawi, sunnah, dan rujuk kepada beberapa surah yang menekankan akidah muslim itu sendiri: surah al kafirun, surah al ikhlas, surah an nas, dan kalimah lailahaillallah. Sebaik-baiknya dalam mengupas maksud Allah ini adalah lebih baik kita merujuk kepada bahasa Arab dari segi istilah, maksud dan dasarnya.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk mempertahankan agama yang suci ini....

Untuk renungan...

Kita berani mengatakan sesuatu tentang agama...
Beranikah kita menyahut panggilan jihad yang wajib dalam mempertahankan agama dari perbuatan biadap sekiranya dikeluarkan oleh majlis syura...
Sekiranya tidak....maka terbuktilah iman kita lemah, akidah kita goyah, kita tidak takut kepada Allah, maka...
Jangan berbicara tentang agama, hanya yang perlu sahaja setakat sedalam ilmu kita,
Jazakallah...

No comments: