Monday, April 4, 2011

Lamanyeeee...

Telah lama tidak menulis disini.....bermacam ragam dan kerenah telah terpahat....
Namun kekangan kerja dan masa....membantutkan perjalanan kisah ini....

Januari 2011....

Safirrah yang sememangnya menghadapi masalah ke sekolah di peringkat awal...telah memaksa untuk ayahanda mengambil cuti beberapa hari semata-mata untuk memastikan Safirrah seronok ke sekolah....pada hari pertama sekolah Safirrah memang kerap keluar sekolah dan merayau ke seluruh sekolah...Cikgu Zulkifli yang mengajar Safiyyah juga telah diajak menemani si Safirrah ini....pening juga....namun, setelah cuti diluluskan....Safirrah begitu bersemangat ke sekolah.....tiba di pintu kelas....'ayah, Firah dah berani...ayah balik la...tak payah teman Firah', kata si cilik ini....tapi nak memastikan benar...ayahanda menunggu di kantin sekolah sehingga pukul 9 pagi setiap hari.....kini....Safirrah telah mengenal huruf dan boleh membunyikan dua suku kata...suatu kemajuan....Safirrah juga tidak mahu ditempatkan di kumpulan kuning....kumpulan yang masih belum menguasai asas membaca.....kerana faktor rakan yang rajin dan sudah menguasai asas membaca...Safirrah cepat menguasai asas tersebut....

Safiyyah sememangnya bersemangat dan teruja sejak dari hari pertama persekolahan...perubahan nampak jelas pada Safiyyah yang berminat untuk memajukan diri dan mencintai ilmu....kini Safiyyah sudah boleh membaca dengan baik dan markah ujian bulan 3....memang terbaik.....

No comments: