Safiyyah dah masuk sekolah...tahun 1 Cerdik, Safirrah pula ke pra sekolah di sekolah yang sama. Guru kelas Safiyyah bernama Syed Yusri lepasan UPSI dan mengajar matematik. Beliau baru sahaja ditempatkan di SK BSD3 pada bulan Ogos 2010.
Guru Safirrah, Noraziz dan dibantu oleh PPM, Firdaus Wahidah. Kelas prasekolah mencapai kapasiti maksimum, 25 orang murid pada tahun ini.
Pada hari pertama persekolahan, semuanya ok je....sebelum ini masa orientasi pun ok (upahnya seorang dapat dua kali makan ais krim)....Selepas empat hari bersekolah, mereka dua beradik boleh menjaga diri masing-masing.
Safiyyah tersenyum sahaja apabila terlihat ayahnya duduk di perhimpunan bersama-sama Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah. Hairan kot :)
No comments:
Post a Comment